
Sebelum tu, bagi aku renggangkan otot muka aku yang dah macam kena suntik botok. Bengang dengan kawan adik aku ni. dia ingat adik aku lembu yang kena cucuk hidung. Tunggu la kak ni ni ajar jadi incredible hulk!
Next entri nanti, aku cerita pasal jenis kawan ni... upcoming babe...
Berbalik pada tajuk di atas. Aku nak tanya korang la, perempuan yang asyik cakap nak kahwin-kahwin-kahwin padahal tak ada boyfriend ni, kategori apa?
1.GEDIK?
2. GATAL?
3. TENSION?
Kalau tanya aku, aku akan jawab ikut keadaan la beb.
PERTAMA **** gedik ke mereka yang asyik cakap nak kahwin ni?
Macam ni la ya, sebenarnya kata tu adalah doa. Mana tahu, kita asyik cakap nak kahwin-nak kahwin-nak kahwin , tup-tup Allah hadirkan insan tu dalam hidup. syukur Alhamdulillah. Jadi, kau orang yang dah rasa nak sangat tempuh alam kahwin tu, sila la ulang ayat tu berkali-kali.
Tapi....
Mesti ada tapinya.... Tapi kalau dah sampai dekat facebook, dekat twitter, dekat segala media sosial, kau asyik up kata nak kahwin. Asyik up ayat ;aku jumpa lelaki hensem' 'aku rasa lelaki tu jodoh aku' 'aku nak lelaki tu'.... itu dah terserlah kegedikan wei. Kalau aku baca status yang asyik up pasal nak kahwin dua puluh empat jam, aku pun rasa bergeladak perut. tak lalu nak baca. geli dan menyampah! (JUJUR OKEY). kena la faham, manusia ni banyak jenis. Bukannya semua manusia sama sikap dengan kau. Ada yang suka, ada yang tak suka. Jadi kalau ada orang ketuk inbox, tegur kau mulala kau nak naik angin.
Sebenarnyakan, aku sedih. Sebagai perempuan jagalah imej (Nak tulis maruah sebenarnya). Jangan buat sesuatu yang akan memalukan kau kelak. Dari update 24 jam kata kau cari jodoh, baik bersujud minta Allah S.W.T. mudahkan.
Ya! Memang Allah suruh berusaha tapi berusahalah dengan sebaik-baik usaha.
jadi untuk perempuan yang masih single, sila la berdiri depan cermin dan jerit aku nak kahwin. Berkali-kali pun tak pa. lebih sejuta kali, lagi la boleh. Perkataan itu kan doa?

KEDUA**** Gatal ke bila kata nak kahwin?
Tidak okey! Perkahwinan tu dituntut! Cuma.... kalau kau duduk dalam perbincangan, tiba-tiba kau buka topik nak kahwin dan kau beria-ria cakap pasal kau nak kahwin tak henti-henti, jangan menangis la kalau orang cop kau GATAL. (AKU DAH PESAN SIAP-SIAP NI)
KETIGA**** TENSION KE MEREKA?
memang tension la wei! Bayangkan, kau anggap nak cari jodoh ni di tempat yang entah ke berapa sebab di tempat pertama, kau tengah fikir, -macam mana nak majukan diri -macam mana nak bahagiakan ayah dan mak kau -macam mana nak cari duit -macam mana nak jadikan hidup kau berkualiti (Banyak perkara lain dalam hidup. hidup bukan soal cinta saja)
tapi.... ada orang lain pula asyik nak jodohkan kau. Mak ayah kau pun dah mula cari jodoh. Adik, kakak, abang, semuanya asyik cakap pasal jodoh kau. Yang paling tak tahan, bila nampak anak teruna orang, mula la adik ebradik, keluarga nak kenenkan kau. Tak ke stres????
Sebab stress tu, kadang-kadang mula la kalut nak cari kekasih (Bukan nak cari sangat tapi sebab tension orang dok pot-pet-pot-pet). Kemudian, bila dah tension, mula la jadi tak betul. Mula la kau merapu/paksa diri kau dengan kata, aku nak kahwin-aku nak kahwin-aku nak kahwin...
Kesimpulannya, kadang-kadang mereka yang nampak tergesa nak cari jodoh ni sebenarnya sebab tension. Kau orang agak-agak siapa orang yang tengah masuk dalam kategori ni? sob...sob...sob!

Tak habis lagi ni.... Sebenarnya berkahwin ni macam exam. bukan senang nak cari. cinta dari panahan mata pandang pertama? Percayalah, memang wujud tapi..... (Next entri nanti aku cerita)
Akhir kata, Jom semua si sigle, jerit NAK KAHWIN tapi jangan depan orang. nanti jadi G-E-D-I-K!!!
Be brave!!!
KALAU AKU TYPO, ITU PERKARA BIASA. FAHAM-FAHAM SAJA LA
Itu namanya normal. Kalau tak mungkin orang tu LGBT :)
ReplyDeletehahah... betul!
ReplyDelete