Friday, 7 July 2017

Tentang minat novel

Bismillahirahmanirrahim...

     First Entry aku ni. Dan first entry yang aku nak merapu kaw-kaw. Sebelum tu, nak bagi nasihat sikit untuk orang islam, sebelum buat apa-apa tu baca la doa atau basmalah (Kes kena syarahan dengan bapak aku tadi.

     Sebenarnya aku ni penulis. (Penulis suam-suam air di tengah hari) Disebabkan berbulan-bulan kena writer block, ni la jadinya. ketagih nak tulis tapi tak tahu nak tulis. Fikir punya fikir... ting! (Mentol menyala tepi kepala) ... otak kata, kenapa aku tak buat aje blog lain khas untuk aku merapu?

     Makanya, terhasil la bloh putih bersih ni.  Sebenarnya writer block dah habis pun. Sekarang tengah gigih buat cerita baru. Tapi bak kata penulis otai, silalah menulis setiap hari sebagai latihan untuk perkasakan struktur ayat. Dengan keakuran yang tinggi, aku pun buat la blog ni. boleh belatih menulis benda yang ada dalam otak ni hari-hari (kalau larat update hari-hari la) tapi rajin ke aku?

     Agak-agak aku ni penulis novel genre apa? Agaknya kalau aku kata penulis novel cinta, mesti ada yang tarik muka. Tapi it's me. Penulis novel cinta. so what? Salah ke jadi penulis novel cinta? Cinta dengan manusia tak boleh dipisahkan okey. universal! universal! (Tapi tak ada la tulis novel cinta yang ada soft porn. No...No... No...!!!!!!


Image result for love story novel
                     (Gambar sekadar hiasan. Bukan aku yang tulis novel ni okey. jangan silap faham.


      Setakat ni lima kisah cinta yang aku dah tulis. (Sebenarnya banyak lagi tapi yang terbit setakat sekarang banyak tu aje).  Tapi lepas writer block ni, minat genre dah berubah pula. Teringin gila nak buat genre Sai Fai, Historical romance, fantasi.  

     Disebabkan minta pada genre tu datang, manuskrip kali ni aku campur semua. Fantasy, historical dan mystery. Entah macam mana la hasil gaulan tiga genre tu. Tapi genre romance terselit juga cuma genre tu hanya sub genre.

     Sekejap, yang beria-ria aku cerita ni pasal penulisan aku ni kenapa? Macam la hebat sangat. (Insya-Allah kalau ada rezeki, hebatlah. Bukan aku tapi karya.)

     Tahu tak dari pagi sampai ke petang aku search bahan-bahan untuk mansukrip. Last-last, jam enam petang dah mula ting tong. ilmu dah tak masuk.  Otak aku mengamuk gila tadi. stress! nak redakan stres tu punya pasal, aku keluar dari rumah. 

    TEKA APA AKU BUAT?

     Adik aku cakap aku gila. Dan aku mengaku, apa yang aku buat sangat gila. Dah gila, tak tahu malu pula. Nak tergelak bila ingat balik tapi best. hilang terus stres!

    Kau orang nak aku suggest novel mana? Buat masa sekarang aku suggest penerbit dulu la.

1.  Kalau nak cerita cinta yang sedih, tentang pengorbanan, komedi romantik, aku suggest dapatkan novel karyaseni dan Penulisan2u. Bahasa yang penulis di bawah Naungan syarikat ni pakai best.  Terkini dan memahami seantero remaja. Ada juga genre lain contohnya Salju Kyoto. (Serius buku ni best) by Sara Aisha. action romance dia, thumb ups! (

2. Yang lain dari yang lain tapi masih ada tema cintanya? Prolog Media la jawapannya! Mula aku kenal dengan syarikat ni melalui buku Mesej by anna lee. (Tentang perjalanan waktu) memang terbaik! Semua novel keluaran syarikat ni aku ada kecuali tiga terbaru. Nadi, Jika aku dan infiniti. (Ada orang nak tolong hadiahkan tak? hik..hik...hik... 

3. Syarikat lain? Bes Q. Aku suka cerita indera sufi. tentang lelaki yang miliki deria ke enam. sekejap! Susah betul nak bebel panjang berjela. singkatkan aje la. Banyak lagi penerbitan yang aku nak suggest. Nah ambik ni... syarikat penerbitan (Fixi, idea kreatif, SR publication, love novel publication.)

   Sambung balik pasal yang aku asyik search sampai otak bengang tadi, sebenarnya aku cari maklumay tentang psycopath dan juga sociopath. serius, dulu aku benci sangat benda berkaitan sains ni... tapi bila bab penyakit psikologi, minat tu mengalahkan minat aku pada metamatik. ( I like number) lepas dah penat search, dan la aku buka watt pad. Baca satu cerita ni dan...

     OMG! ada psycopath. Dan cara penulis ni terangkan tentang psycopath (pembunuh bersiri) meremangkan bulu roma. Teratur sungguh ayat dan maklumat dia jelmakan dalam bentuk cerita. Baca punya baca, tak sedar dah 'to be continue'. Rasa nak curuh aje penulis dia keluarkan buku cepat-cepat. 

    Hero yang cik penulis ni cipta memang buat orang rasa ' knight ke tu?' Tapi hero dia juga ada kekurangan sebenarnya tetapi kekurangan dia tersembunyi dengan rapi membuatkan dia nampak mempersonakan. Tapi kalau baca betul-betul dan fahami perwatakan hero tu, sebenarnya scary. Dalam fikiran aku bila baca 'hero ni ada masalah sociopath aje. 

    Baca cerita tu ibarat si psycopath bakal berhadapan dengan si Sociopath. menarik!!!!

    Sebenarnya aku baru nak masukkan watak sociopath dalam manuskrip aku tapi tak jadi. Maka cerita yang aku taip tu berubah 360 darjah menjadi fantasy mystery. 

cukuplah membebel. belakang dah sakit ooooo... duduk lama sangat. kematu semua tulang. 

then... go!

 



 


 

3 comments:

  1. Semoga berjaya. Siapa tau jadi penulis novel terkenal kan :)

    ReplyDelete
  2. Semoga berjaya Cik Introvert.. Jemput la ke blog saya jugak ...

    ReplyDelete

Yang cakap nak kahwin cepat ni gatal atau tidak?

    Panas tak tajuk dekat atas?  haip! Jangan terus nak membahan ya, baca dulu apa yang aku nak melalut dekat bawah ni.       Sebelum t...